Surat 1Malaysia??

hey.. =)
i am okay lah..no worries..hehe
baru balik petang tadi..
sangat penat lah..
pagi petang ada kelas..
balik nie,ha ambik kau..
dengan project work add math lagi..
dengan literature lagi..
dengan surat satu malaysia lagi..
mampos aku..haha
talking about surat satu malaysia..
nak promote cket nie..hehe
malas nak cakap banyak..scroll ke bawah..
 
 
 
 1) MAKLUMAT PERTANDINGAN
a) Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia ini dibuka kepada para pelajar sekolah
rendah Tahun 3 hingga Tahun 6 (Kategori A), para pelajar sekolah
menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 (Kategori B) dan para pelajar
sekolah menengah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 (Kategori C) di seluruh
Malaysia.
b) Pertandingan ini dibuka dari 1 April 2012 hingga 15 Jun 2012.
c) Penyertaan hanya dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.
d) Setiap penyertaan mestilah menepati tajuk yang diberikan mengikut kategori
seperti berikut:
i. Sekolah Rendah (Tahun 3 hingga Tahun 6)
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda menceritakan tentang amalan berbudi
bahasa yang diamalkan dalam kehidupan seharian anda.
ii. Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
Tulis sepucuk surat kepada datuk anda tentang kebaikan penggunaan internet
dalam kehidupan seharian pada hari ini.
iii. Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5)
Semangat kejiranan kian pudar dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tulis sepucuk
surat menceritakan peri pentingnya semangat hidup berjiran dan harapan anda
kepada rakyat Malaysia.
e) Format surat adalah SURAT TIDAK RASMI.
f) Bukti tarikh penghantaran pos tidak akan diambil kira sebagai bukti penerimaan.
Pihak penganjur dan agensi-agensi yang terlibat tidak akan bertanggungjawab ke
atas penyertaan yang hilang, lambat, dicuri, rosak atau disalah alamatkan.
g) Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang perbincangan
atau surat menyurat tidak akan dilayan.
h) Semua surat penyertaan yang diterima oleh penganjur menjadi hakmilik penganjur
dan penganjur boleh menggunakan surat-surat penyertaan tersebut untuk apa-apa
tujuan.




 2) TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
a) Para pelajar yang ingin menyertai mestilah merupakan warganegara Malaysia.
b) Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja.
c) Penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 15 JUN 2012 kepada Sekretariat Pertandingan.
d) Surat yang ditulis mestilah mengikut tema yang ditetapkan di perenggan 1 (d).
e) Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati surat yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
f) Surat mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja.
g) Surat mestilah bertulis tangan, kemas, dan mudah dibaca. Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan mesin taip atau komputer.
h) Surat yang ditulis mesti mengandungi jumlah patah perkataan mengikut kategori seperti yang berikut:
i) Kategori A: Sekolah Rendah - 200 hingga 350 patah perkataan
ii) Kategori B: Sekolah Menengah Rendah - 500 hingga 750 patah perkataan
iii) Kategori C: Sekolah Menengah Atas - 850 hingga 1000 patah perkataan
i) Borang penyertaan boleh didapati di laman web Pos Malaysia (www.pos.com.my) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (www.skmm.gov.my).
j) Surat dan borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diposkan kepada:
Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2012
P.O. Box 1000
50796 Kuala Lumpur
k) Sila sertakan sampul surat kosong bersaiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM0.80 untuk pihak penganjur mengirimkan sijil penyertaan. Satu sampul surat untuk satu sijil penyertaan sahaja.
l) Setiap penyertaan mestilah disahkan/dicop oleh pihak sekolah.
m) Penyertaan yang dihantar melalui serahan tangan kepada Sekretariat Pertandingan tidak akan diterima.
n) Sila nyatakan kategori anda di sudut atas kiri sampul surat penyertaan anda.
Contoh:
KATEGORI A
SETEM
80 SEN
Kepada:
Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia
P.O. Box 1000
50796 Kuala Lumpur
o) Sijil penyertaan TIDAK AKAN diberi sekiranya:
i) Tiada sampul surat kosong beralamat sendiri
ii) Tiada setem bernilai 80 sen.
iii) Alamat rumah/sekolah yang tidak lengkap
iv) Tidak memenuhi syarat-syarat pertandingan




 3) KRITERIA PENGHAKIMAN
Keseluruhan surat yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skima pemarkahan berikut:
i) Takrif Tajuk = 10 markah
ii) Idea = 40 markah
iii) Bahasa = 30 markah
iv) Olahan = 20 markah
Keseluruhan = 100 markah




 4) SENARAI HADIAH PEMENANG
a) Seramai 3 pemenang utama dan 10 pemenang saguhati akan dipilih bagi setiap kategori ;
KATEGORI A KATEGORI B KATEGORI C
JOHAN
Sijil Simpanan Premium bernilai RM 1,000.00
Sijil Simpanan Premium bernilai RM 2,000.00
Sijil Simpanan Premium bernilai RM 2,500.00
Album Setem
Album Setem
Album Setem
Sijil Penghargaan
Sijil Penghargaan
Sijil Penghargaan
Hadiah Iringan
Hadiah Iringan
Hadiah Iringan
Wang Tunai berjumlah RM3,000 untuk Sekolah
Wang Tunai berjumlah RM3,000 untuk Sekolah
Wang Tunai berjumlah RM3,000 untuk Sekolah NAIB JOHAN Sijil Simpanan Premium bernilai RM 700.00 Sijil Simpanan Premium bernilai RM 1,500.00 Sijil Simpanan Premium bernilai RM 2,000.00 Album Setem Album Setem Album Setem Sijil Penghargaan Sijil Penghargaan Sijil Penghargaan Hadiah Iringan Hadiah Iringan Hadiah Iringan
TEMPAT KETIGA
Sijil Simpanan Premium bernilai RM 500.00
Sijil Simpanan Premium bernilai RM 1,000.00
Sijil Simpanan Premium bernilai RM 1,500.00
Album Setem
Album Setem
Album Setem
Sijil Penghargaan
Sijil Penghargaan
Sijil Penghargaan
Hadiah Iringan
Hadiah Iringan
Hadiah Iringan SAGUHATI X 10 Sijil Simpanan Premium bernilai RM 200.00 Sijil Simpanan Premium bernilai RM 200.00 Sijil Simpanan Premium bernilai RM 200.00 Album Setem Album Setem Album Setem Sijil Penghargaan Sijil Penghargaan Sijil Penghargaan Hadiah Iringan Hadiah Iringan Hadiah Iringan




 Untuk sebarang maklumat/pertanyaan, sila hubungi:
Sekretariat
Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2012
Bahagian Komunikasi Korporat
Pos Malaysia Berhad
Tingkat 7, Ibu Pejabat Pos Malaysia
Kompleks Dayabumi
50670 Kuala Lumpur
Tel : 03-2267 2206
Faks : 03-2267 2255
Email : surat1malaysia@pos.com.my
Facebook : www.facebook.com/surat1malaysia



 okay..itu detail2 nya..
and benda yang aku pun kena buat..
selamat mencuba..
wekkk..hehe



Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Leave your lovely thoughts here :)
Tinggalkan kata-kata manis anda di sini :)

Y
Aching hearts :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...