Dear "KAU" ..


assalamualaikum.. :)
hai kawan kawan..keh keh keh
mengarut lagi aku malam nie..hahaha
as usual..i was just sitting here..doing nothing..again..
ya Allah nisa,esok kuiz, kau ni dah kenapa..
*tepuk tepuk dahi




huhu..
sedang aku duduk duduk di malam yang sepi hening nie..
memandang lemah ke arah langsir..
*takut nak bukak tingkap
aku teringatkan seorang kawan..
kawan aku..yang pada aku sangat istimewa..
not that kawan kawan aku yang lain tu tak istimewa..
yang nie dia lain sikit.. :)
siapa dia?





anime daydream photo: Daydream normal_dreamer.jpg





dia seorang kawan,teman..
yang mengingatkan aku siapa aku sebenarnya..
sentiasa cuba buat aku tersenyum pada masa aku hampir jatuh bila takdir Allah datang menjelma..
mengajar aku tentang erti hidup itu tidak mudah..
selalu cuba untuk menjadi lebih baik tanpa ada seorang pun yang tahu..
yang membuatkan aku mengagumi dia dalam diam..
kalau orang baca, mesti orang ingat aku dah jatuh cinta dekat dia kan?
hehe..aku tak ada jawapannya..
ya,lelaki..lelaki ni lelaki yang berbeza..
rahsia Allah perasaan aku nie..
dia kaburkan semuanya kerana aku yakin menurut Dia waktu tu belum tiba..




ada suatu masa..
dia adalah kawan yang boleh aku bawa bergurau..
gelak gelak..bersenang senang..
tapi ada waktunya, dia seperti permainan yang buat aku senyum sendiri..
walaupun dia tak buat apa-apa..
kehadiran dia tu kadang kadang cukup untuk buat aku rasa bahagia..
tapi aku tak ada rasa nak memiliki dia..
aku cuma bahagia,gembira, sebab aku kawan dia..
dia bukan jenis yang pandai mengayat..
penuh dengan kata-kata manis..
tak,tak, bukan itu orang yang aku pandang..
dia jugak bukan orang yang alim dan warak semata-mata..
dia sederhana..
cukup sifatnya sebagai seorang hamba Allah yang masih belajar erti hidup..
dia adalah dia..





aku kenal dia..
mula mula..aku benci dia..
sebab apa?haha..kalau aku bagitahu bocor lah rahsia.. :p
tapi lama lama mungkin aku matang..
aku matang menilai isi hati seorang teman..
kami tak rapat sampai nak berkongsi segalanya..
dan aku pun tak tahu apa dia rasa pada aku..
mungkin biasa-biasa saja..
dan aku tak kisah pun..belum masanya..
cuma aku suka kehadiran dia..
dia buat aku rasa kuat.. :)
aku tahu dia takkan baca nie..there's no way pun kan..
tapi andai lah kawan..kau baca tulisan aku nie..





aku nak cakap..
terima kasih sebab jadi kawan aku..
mungkin pada kau semua nie benda bodoh mengarut merepek..
aku kenal kau..kau tak layan jiwang kan.. :p
tapi ni bukan jiwang..
ni apa yang aku nak cakap..lama dulu..
aku nak mintak maaf kalau perkenalan kita dah buat kau rasa tak selesa atau apa-apa..
maaf..aku dah buat mulut orang berkata-kata..
classmate aku ke..siapa je lah..
aku cuba..tapi aku tak dapat halang semua orang..
kadang kadang aku jauhkan diri dari kau..
sebab aku tak nak kau tak selesa..
aku taknak kau rasa aku batak gila nak mengorat kau ke apa..
tak ada niat pun macam tu..sumpah demi Allah..
aku layan semua orang sama je..
mungkin orang yang anggap macam tu..aku pun tak faham..
aku sayangkan persahabatan kita..
aku gembira jadi kawan kau..aku bahagia kenal dengan kau..
aku harap aku dapat jumpa kau lagi satu hari nanti..
sebagai insan yang lebih baik..
sebaik orang yang terbaik yang pernah kau kenal..
aku doakan kau berjaya duniawi dan ukhrawi..
terima kasih sebab pernah wujud dalam muka surat hidup aku..
semoga Allah menjaga kau~
-nisa-

Sebenarnya Saya Isteri Dia! (My Thoughts)


Assalamualaikum..
haha..aku lagi yang muncul kat sini..
malam ni ketagih nak buat post..
lama dah tak mengarut..
kih kih kih..
sorry..dah tak boleh letak gambar gerak gerak comel comel macam dulu..
sebab photbucket macam dah taknak bagi saya copy link je..
tak tahu kenapa.. T_T




me and syamira(biru) ngeh ngeh




jadi,seperti tajuk di atas..cewah..haha
SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA merupakan fenomena di Malaysia pada ketika ini..
haha..dulu aku pun tak minat cerita melayu tv3..
slot zehra lah, lestari lah. samarinda lah..
tetapi tiba tiba tersuka lah pulak dekat cerita nie..
bukan sebab izzue islam tu okay..
aku pun tak tahu dia wujud kat dunia nie sampai aku tengok cerita tu..
haha..kumpulan fourteen tu pun tak tahu..
nampak benar lah aku punya bawah tempurung tu..
bawah bumbung lah kot sebab aku bukan katak.. :p




cover page novel :p




hehe..
biasalah..
kita perempuan kann..suke sweet sweet.. :p
tapi si firash ni tak sweet mana pun aku rasa..
brutal aje..
kalau dengan aku dah lama makan penangan aje..hahaha
anyway, selamat pengantin baru kepada dia..
:p




ni gambar curi dekat google..ahaha






nie video akad nikah dia :)




sekarang ni memang style kan buat drama daripada novel...
so para novelist sekalian memang seharusnya lebih berusaha untuk menghasilkan novel yang berkualiti..
hahaha..
apasal lah skema sangat ayat aku..
best lah jadi oenulis novel..
saya pun nak buat novel jugak lah macam ni..
nak nak.. *gedik
haha..here's the sinopsis..




Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin. 
Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya. 
Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan. 
Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya. 
Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish. 
Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai. 
Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti. 
Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya. 
Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan. 
Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu. 
Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ. Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf. 
Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul. 
Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya?






nice dress she's wearing!



someday i wish..
my future imam would fall in love with me every time he look at me..
and take me to jannah along with him.. :')


New York on Islam!

Assalamualaikum!
Goodnight.. :)
so as for tonight..
i am promoting you a video i have seen on YouTube recently..
sebenarnya dah lama nak buat..
tapi pada hari kejadian internet buat hal..
terpaksalah menangguhkan..
tangguh punya tangguh..hari ni baru sempat..
biasalah orang busy..haha



anyway..this video is about how people in new york think about islam..
its a nice video..
so watch it :)
hari ni kak nisa malas nak menulis..
nak siap siap kejap lagi nak study calculus dengan kak ain..huhu
tengok tau!








_nisa_
Y
Aching hearts :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...