Cerita Rakyat Tronoh : Sahabat Itu Siapa?




Assalamualaikum rakyat Malaysia..
yang sedang menghirup udara beriklim khatulistiwa..
panas dan lembap sepanjang tahun..
*bajet terror Geografi
hahaha..
pada hari ini..saya..
anisah a.k.a nisa yang comel kiut miut..*perasan
ingin menyampai sebuah cerita yang bertajuk..
" SANG BELALANG DAN SANG ARNAB DAN SANG IKAN DAN SANG IKAN BILIS DAN SANG BERUANG PANDA "
( bersang-sang banyaknya )










ada sekumpulan haiwan yang comel dan kiut macam saya tinggal di sebuah hutan..
yang permai lagi damai..
di sebuah negeri di Malaysia..
di mana? biarlah rahsia..dekat dengan stesen minyak..haha
mereka tinggal dengan bahagia dan harmonis..
kesemua haiwan haiwan itu berkawan dengan baik..
mereka sering berbual bersama..
di bilik, di tepi jalan, di kedai makan, twitter mahupun di facebook..
instagram dan sebagainyaa..
( haiwan sekarang G-Tech jugak apa )




pada suatu hari..
sang beruang panda dan sang sang arnab dan sang ikan bilis berjumpa  di tepi kolam dan berbual bual..
tiba-tiba sang beruang panda bertanya kepada sang arnab :
" Nab, kau perasan tak sekarang sekarang Alang tu dah taknak cakap dengan kita? "
lalu sang Arnab pun menjawab :
" Yelah Anda, aku pun perasan jugak.. Padahal aku BERJIRAN dengan dia.. Tapi dia tak tegur pun. "
sang Ikan Emas pun berkata :
" Hari tu perli- perli lagi kot.. Aku pun pelik. Ada marah ke? bagitau lah.. Mungkin kita tak perasan kan. "
sang ikan bilis tiba-tiba menyampuk :
" Yalah korang.. Dia siap unfollow aku dekat Twitter lagi.. "
lantas mereka semua mengecek account twitter mereka..lalu dengan hampanya mereka mengangguk..
lalu kata sang ikan emas lagi :
" Dia kenapa? Dia marah kita ke? Dia taknak kawan dengan kita ke? Kalau dia marah kita sebab bising takpe lah. Aku tak bising dah. "
bergitulah seterusnya sang Arnab, sang Ikan Bilis, sang Beruang Panda dan sang Ikan Emas terus tertanya tanya mengapa sang Belalang tiba-tiba menjauhi mereka..




adakah kerana mereka tidak cukup baik?
adakah kerana mereka salah?
adakah mereka annoying?
adakah mereka kurang comel?
adakah adakah adakah adakah dan adakah?
hahaha..
sahabat?
adakah sahabat itu seharusnya melakukan perkara sebegitu terhadap temannya?
adakah dengan cara meng"ignore" itu akan selesai masalah?
adakah dengan cara diam itu segala masalah akan diam juga?
adakah dengan buat bodoh itu orang akan faham?
kita manusia tak sempurna..
andai aku salah aku minta maaf..aku memang banyak khilafnya..
namun akal aku masih tidak nampak dimana manfaatnya itu..
sedikitpun tidak wahai BELALANG..
cerita ini sekadar pengajaran..
tidak ditujukan kepada sesiapa..
maaf andai terasaaa..
selamat malam.. :)




2 comments:

  1. adakah adakah adakah! hehe..
    kenapa macam tu agaknya? kenapa unfollow..

    ReplyDelete
  2. huhuhu..mungkin belalang cuma nak kawan dengan belalang saja kottt..racist ;p

    ReplyDelete

Leave your lovely thoughts here :)
Tinggalkan kata-kata manis anda di sini :)

Y
Aching hearts :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...