Hidup Itu Suatu Perjalanan (Trip To Indonesia)


Assalamualaikum.


Ceritakan pada ku 
Cerita yang terdahulu 
Kisah cinta yang pernah kau tahu
Sempurna selalu pada kau dan aku 



pagi itu tenang.
seawal jam 5 pagi aku bangun lalu mempersiapkan diri.
usai solat subuh aku berteleku di atas sejadah,
berdoa agar perjalanan kali ini selamat hingga ke destinasi seperti selalunya.
bangun aku dari dudukku, lalu aku periksa semula kelengkapan.
beg pakaian lengkap untuk satu perjalanan,
barang kelengkapan peribadi,
passport dan boarding pass,
mineral spray buat persediaan muka kering dalam flight,
serta shade hitam untuk melengkapkan tata rias.



Lapangan Terbang Soekarno Hatta



Ceritakan semua .. 
Cerita kita cipta bersama .. 
Kisah terindah pernah ku rasa .. 
Selama pernah jantung ku bernyawa .. 
Berdua .. 
Hanya kau dan aku .. 







tibanya kami dengan senyuman.
keadaan di sekeliling seakan menyambut mesra kedatangan kami.
lalu dibawa pula kami ke sebuah restoren makanan tempatan.
masakan padang.
katanya sedap.
ya.
sangat sedap.






Andai ini hanya mimpi .. 
Tinggalkan ku begini 
Biar terus ku lena .
Sampai kau tiba 
Andai ku hanya bermimpi 
Biar aku begini 
Sampai ketemu lagi 
Aku di sini .. ohh ..



kata orang hidup ini tidak harus hanya berisi tangis sendu,
tidak harus hanya ditenggelami air mata kekesalan.
sesekali corakkan lah hidup dengan gelak tawa kebahagiaan.
lakukan apa saja, puaskan segala impianmu.
ketawalah sepuas hati.
agar kegembiraan itu sebati dalam diri.
agar kita sesekali teringat, hidup ini bukan hanya ada satu emosi.



Dunia Fantasi, Anchol









Ceritakan pada ku ..
Ceritakan pada ku selalu .. 
Kisah yang tak mungkin pergi lalu .. 
Selama akan ku hidup dengan mu .. 
Bersama .. 
Mengharungi semua .. 










Andai ini hanya mimpi 
Tinggalkan ku begini .. 
Biar terus terlena .. 
Sampai kau tiba 



di mana letaknya indah kalau tidak dimata.
bunga itu indah.
alam Allah itu cantik, sempurna.
seindah setiap dugaan yang Allah kurniakan buat kita.
indahnya taman bunga itu, tetap dihinggapi kumbang kumbang liar.
namun ia tetap indah.
cantik.
begitu juga hidup.
andai hidup itu satu rona sahaja, kita hidup ibarat zombie,
bak kata salah seorang rakan.
zombie yang lifeless, yang sedut sedut otak.



Taman Bunga Nusantara, Puncak


















Taman Safari Cisarua, Puncak






Bawa daku ke angkasa .. 
Memetik bulan bintang .. 
Bawaku terbang bersama .. 
Jangan kau lafazkan .. 
Jangan kau tinggalkan semua.. 



jika aku punya satu permintaan, akan aku minta supaya diberi kebahagiaan.
namun aku ada Allah, bererti aku punya beribu-ribu permintaan,
asal aku tak betah, asal aku sabar.
akan aku minta pada Tuhan, agar kuatkan aku menempuh dugaanNya.
kerana aku ingin melewati segala takdirNya dengan redha.
akan aku daki gunung gunung kepayahan walau setinggi mana pun ia,
asal kekuatan dari Illahi itu aku perolehi.
asal keindahan kasih sayangNya itu dapat aku rasai.
aku redha.




Candi Borobudur, Jogjakarta






Biar saja begini .. ohh.. 
Biar terus ku lena .. 
Sampai kau tiba 



Andai ku hanya bermimpi .. 
Biar aku begini .. 
Sampai ketemu lagi .. 
Aku di sini 



Andai semuanya mimpi ..
Biar saja ku terus begini ..
Ku mahu terus kisah cinta kita ..
Terus sampai hujung masa ..






time passes,
life happens,
distances separates,
children grow up,
love waxes and wanes,
heart break,
careers end,
jobs come and go,
people die and forget,
but no matter how badly people treat you,,
never drop down to their level.
enough to know that you're better.
and walk away.



sometimes, no matter how much you want things to happen,,
all you can do is wait.
enjoy every moment.
even if it kills you the most.
even if it is the hardest of all.
cause that's what life is all about.
life,,is a journey.



BEHIND THE SCENE ( photoshoot yang tak menjadi ):




bajet testing gaya posing



muka ummu macam singa tak makan seminggu, ain macam awek hindustan angau, aku macam,, err



apa aku buat T_T



berjalan.



berbual berglak tak ingat orang



model malu malu tetiba depan kamera ihik ihik



entah lah aku rasa gambar ni semacam



muka sorang sorang kalah roti canai penyek



macam kpop, lagi havoc dari girls generation



"bulatnya kepala qilah"



" Dah ambik ke belum ni? tak larat dah nak senyum "



aku tak ingat apa jadi. LOL



Libster Award


Assalamualaikum..
so i have been doing nothing lately.
about a month.
macam duduk dalam spa dah hari hari kat rumah.
so i've been tagged for this awesome libster award !






Apa tu libster award? dari blog sejadah kelabu :

The Liebster Award is nominated to blogger whose followers are lower than 500. Well, look like I fit in this category very well. Then blogger who being nominated this award has to follow the rules given. Those are:

  1. Mention the person who nominated you with a link to their blog.
  2. answer the 11 questions asked.
  3. nominate 11 other bloggers with smaller followers but with lots of potential.
  4. create 11 of your own questions for them to answer.
  5. notify your nominee.




so ini soalannya.
mencabar..
sungguh mencabar.
but i like it. :)



1) Maksud matang dari sudut pandangan anda.
Matang to me is to be able to think rasionally, to be able to think far. Bukan setakat macam mana untuk hidup pada hari esok tapi untuk 10 tahun akan datang. 


2) Pada usia berapakah anda rasakan itulah merupakan keputusan terpenting/ terbesar pernah anda lakukan dalam hidup anda? adakah anda rasa ianya melibatkan soal kematangan dalam hidup/ diri anda?
Nineteen, baru baru ni, Haha. I convince and force myself to believe more dengan takdir Allah, to let go, to be more matured and to grow up. If it's meant to be it will be,


3) Pada usia berapakah anda pernah melakukan perbuatan yang anda rasakan tidak sepatutnya anda lakukan dan berhasrat tidak akan mengulanginya lagi?
Fifteen. I fell in love. Fell so hard. And now i know it's never the thing that i should do.


4) Sesuatu peristiwa yang anda kesali dalam hidup anda, adakah anda sering mempersoalkan mengapa ianya terjadi dalam hidup anda? apakah perasaan anda ketika itu?
Falling in love with the wrong person. Or perhaps just the wrong time. Till now, hanya Tuhan saja yang tau.


5) Memaafkan kesalahan orang yang pernah mengkhianati anda. adakah ianya merupakan salah satu cabaran terbesar bagi diri anda?
Memaafkan dan memnita maaf adalah satu bentuk kematangan. I have no problem in giving apology, in syaa Allah. At least minta maaf, daripada buat muka tak bersalah. Menyakitkan hati.


6) Adakah anda pernah mempertikaikan keputusan yang dilakukan ibu bapa anda meskipun ianya nampak pahit dan sukar di mata anda?
Saya sering mempersoalkan bantahan my mom once about me furthering my studied abroad. But yeah it's no big deal now.


7) Penghargaan/ pemberian bermakna pernah anda berikan kepada ibu bapa anda.
Setakat ni, 9A SPM 2012 alhamdulillah. :)


8) Apakah pengorbanan terbesar pernah anda lakukan untuk kawan baik anda. adakah ianya sesuatu yang berbaloi?
Ada ke? Haha. Perhaps nangis sama-sama bila sedih sebab nak menenangkan and cuma memahami. Everything is worth for Fatin and Mira. :) ooh, and Diyana Athirah too. They are my world.


9) Penghijrahan terpenting dalam hidup anda. adakah ianya sesuatu yang memberikan kepuasan kepada hidup anda atau sebaliknya? 
Penghijrahan untuk berhenti berusaha mempertahankan sesuatu yang tak worth dipertahankan. Yeah, i feel so much better and so much worthy even it hurts. Life must go on.


10) Pernahkah anda mensia-siakan usaha/ pengorbanan ikhlas dari orang yang anda sayang kerana anda merasakan usaha/ pengorbanan yang dilakukannya itu adalah sesuatu yang tidak perlu? terangkan perasaan anda ketika itu.
Saya akan cuba sedaya upaya untuk menghargai setiap pengorbanan rakan to me. So if ada yang saya lupa nak hargai i am so sorry :(


11) Adakah anda merasakan semua orang selayaknya diberi peluang kedua dalam apa jua situasi permasalahan/ perhubungan?
Tough question. Well.


perhaps.



Tagged blog :




Soalan :

1. Tell people about yourself.
2. Why do you write on blog?
3. Is blog a good way to express one self?
4. Let say if somebody hurt you like hell and the person meant to do it, will you forgive them?
5. Describe your attitude.
6. Tell people about your dream.
7. What is your favourite holiday spot and why do you like them?
8. Which do you prefer, sambung belajar or working?
9. What movie do you like the most and why.
10. If you are given a chance to make one wish to make it come true, what would you want?



okay done !




Impianku Seorang Blogger ! by Ben Ashaari



assalamualaikum.




BEN ASHAARI



helo.
ini segmen dari blog ben ashaari.
sape tu?
haih.. -_-
klik banner tu, klik.



me?
saya nisa..hahaha.
student of chemical engineering, UTP(Universiti Teknologi Petronas), Perak..
lives in Negeri Sembilan, tapi saya orang Pahang wehee
i love blogging so much, that i can't live without my pink little blog T_T



my blog?
so..
since i make this blog as my personal blog to share my personal thoughts and my personal stuff..
so i personally think that my blog is awesome enough the way everyone else blogs are.
yeay! (perasan)
sebab kita masing masing ada cerita sendiri kan.
so somehow perhaps cerita saya pada satu ketika boleh menjadi ikhtibar kepada kalian dengan cara yang berbeza.



impian as blogger?
saya nak jadi blogger yang baik..haha ayat cliche.
saya nak menjadi influence yang baik kepada semua orang dengan cara??
dengan cara being better myself.
sebab kita takkan dapat influence orang lain dengan mudah kalau kita sendiri tunggang langgang kan.
so i want to be better, be good, be the best in syaa Allah..
and mempengaruhi segenap pelosok maya ni untuk menjadi lebih baik bersama sama dengan penulisan saya!
*gelak jahat



Okay itu sahaja.
tarikh tutup ? 11/9/2014 , jam 8 malam ! 
klik Blog Ben Ashaari untuk join :)




Give Up?



Assalamualaikum.
dua hari dah dekat rumah, yeayy :)
okay actually nothing to yeay about cause i have ruin my mom's living room to stack all my stuff..
ibu dah mula mengeluarkan hujah hujah yang menarik dan menjadi halwa telinga such as,,
"along bila nak kemas ni elok elok, letak dalam wardrobe baju baju semua" bla bla..
okay mom, alright.
sure thing i will do it.
it's just the matter of time. :D



CHEMICAL ENGINEERING



JANUARY 2013 INTAKE



WE ARE CRAZYY !




so far how am i doing?
alhamdulillah.
syukur pada Allah.
dia permudahkan segalanya.
masih merangkak, namun mula berdiri lemah dengan berpaut pada pepohon :)
sabar dan solat, the only thing that is vital.
SABAR.



so today let me tell you stories about giving up.
tak payah bagi definition lah kan benda ni kalau tak tau boleh cakap dengan mummy daddy korang..
daftar tadika balik :D
giving up in bahasa is, berputus asa.
meaning to say you don't want to do it, or to repeat it anymore.
'it' here refers to anything.
everything.






ringkaskan cerita.
satu hari ada sahabat nisa tanya pada nisa,,



kawan : awak awak, kalau saya taknak kahwin boleh?
me : kenapa?
kawan : frust lah macam ni, kita dah buat yang terbaik untuk dia..kita dah sayang dia..kita buat yang terbaik untuk tunjukkan yang kita serius dengan dia..tapi dia boleh buat kita macam sampah sarap je..useless.
me : (memahami perasaan dia sebab sedang alami jugak) jangan lah macam tu sekali.
kawan : tapi saya kecewa..rasa berdendam dengan kaum TUT(jantina dirahsiakan) ..saya dah putus asa.
me : (tarik nafas) okay awak, kalau saya cakap jangan marah ye? cuma pendapat.
kawan : okay.
me : bayangkan awak baru lepas mandi, wangi wangi..pakai perfume semua..then awak pergi sight seeing..then suddenly awak jatuh dalam loji taik.
kawan : whatt...
me : awak buat apa lepas tu?
kawan : mandi lah..busuk kot.
me : jadi awak tak nak give up nak mandi? sedangkan sebelum ni awak pernah mandi paling perfect tapi berlumur taik jugak last last?
kawan : hmm..
me : macam tu lah hidup kita awak,,dalam soal ni, soal cinta..sure, kadang-kadang it hurts..tapi cinta ini mulia, sebab datang dari Allah..manusia yang cemarkan semua ni..jadi kalau awak tak pernah give up dengan Allah, kenapa nak give up dengan nikmat yang dia berikan? give up lah dengan TUT, tak perlu give up dengan cinta..cintailah Allah, stay with Him, and the right people will walk into your life and stay.



credit jawapan loji taik yang sangat bernas lagi menggeletek tu kepada Saidatul Syafiqah Abdul Rashid.
sorry kalau salah eja..haha.
masa tu i was with her, in our village common room, belajar fluid mechanics.
it helps a lot, thank ika :)
in syaa Allah untuk diri saya juga yang sedang bergelora hatinya.
tidak tenang jiwanya.
moga Allah beri kita semua hambaNya ketenangan.



satu hari lagi nisa tanya pada seorang kenalan lama sahabat nisa.
sahabat nisa di mrsm serting.
kuat sangat adik ni, when i look at her i always remember how i was.
a year younger than me.
pernah mengalami apa yang nisa sedang alami sekarang.
so i make a move to talk to her.
just talking.



me : assalamualaikum..adik..can i ask you,,something?personally.
her : waalaikummussalam. Ye sy. Ada apa kak?
me : do you have time?i mean..kalau busy later lah.
her : i've nothing to do. Okay je
me : okay..erm..sorry if i mention this..about your previous relationship with TUT..i know..i know everything about your relationship..and..basically..now i am having the same situation with you..then i remember you were so strong sampai taknak pun kat dia lagi..despite of..semua yg dah jadi.
How?
her : how ? Hmm. Okay, bismillah...
Erm, basically, everything is back to Allah swt.. time tu saya dah serik dengan macam macam kak. Walaupun kita bagi peluang, tapi dia dah persiakan. Beberapa kali pulak tu. Bila dah lama bersabar, hati ni lama lama jadi sakit. Then satu hari tu, saya buat solat sunat tahajjud. And minta kat Allah swt, kalau bukan jodoh saya dengan dia, tunjukkan kat saya..bagi saya rasa.
Happened to be, one day tu,ada lah kejadiannya. Before this,saya memang susah sangat nak lepaskan dia, saya bodoh sebab still bersabar dengan benda yang dah banyak kali jadi. But masa tu, hati saya rasa lapang and senang je nak lepaskan hubungan ni. Bagi saya, mungkin dengan cara ini ada baiknya untuk saya dan dia. Rasa tenang dia tu, Allah swt je yg tahu. Walaupun hubungan tu about 3 years, tapi saya tak terkesan pun bila saya lepaskan dia. Once dah move on, never look back sebab bagi saya tu lah point untuk kita jatuh balik. So Alhamdulillah, up till now, saya bahagia je. Dan saya doakan kebahagiaan dia juga. Masing masing dah ada life sendiri. Always be tough and letakkan hati kita cuma kepada Allah swt kak.



real copy.
beberapa perkataan ditukar untuk menyembunyikan identitinya.
deep down, i smile.
yes dear sister.
kakak sedang rasa apa awak rasa dulu.
mungkin sebenarnya kakak sedang menjadi,,awak.
Allah.
daripadanya kita datang, kepadanya kita kembali.



2 3 hari lepas..
one of my coursemate from department of chemical engineering,,
first year second year terlibat dalam kemalangan jalan raya pada awal pagi sebelum kertas peperiksaan terakhir kami.
i was still in shock, sebab basically that morning my father was buying breakfast somewhere near there.
and when he come back dekat homestay dia cerita dekat kami,
dia nampak ada sorang budak muda accident, nampak teruk sangat.
sangat tak sangka yang itu adalah coursemate sendiri.
semoga Allah memberikan dia kekuatan.
memberikan dia hikmah yang lebih baik.



the point is, give up itu perlu ke?
yes, untuk melakukan benda yang sia sia.
untuk bertahan dengan sesuatu yang memang tak bagi kebaikan pada kita.
yang memang tak menghargai kita.
yang memang sepatutnya dicampak dalam hutan.







but overall, never give up in life.
IN ANYTHING BUKAN CINTA JE BEB.
faham tak faham tak.
nikmat Allah itu terlalu banyak untuk kita give up.
nikmat Allah itu melimpah ruah andai kita pandai cari dan minta pada Allah.
Allah tak suka orang putus asa.
sentiasa be better.
jadi lebih baik.
orang yang hebat itu, dugaanNya hebat.
kerana syurga Allah itu tak murah.
bila kita minta sesuatu, Allah tak beri apa yang kita minta semata mata, but instead dia akan beri..
apa yang kita perlukan.
so bersangka baik pada Allah.
giving up is just another word for saying that Allah did no good for you.
did He? no, but rather too much if we think about what He do for us.



bersangka baiklah pada dia.
in syaa Allah.
He knows better.



Time Machine.


Assalamualaikum.
okay, as i get back from vector calculus exam yang..
entah lah, nampak okay.
bukak je data terus berdesup masuk whatsapp si fatin and mira ni..
in FAMISA.
haha.



dipendekkan cerita malam tu kami mengimbau kenangan lama.
eh apasal malam tu, tadi je baru padahal..hahaha
unfortunately kenangan kami bersama kat sekolah terhenti setakat tingkatan 3 je sebab,,
 i entered MRSM SERTING masa form 4.
tempat adik saya sedang belajar sekarang, he's form 4 and single and tengah sibuk nak jadi hensem sekarang..
hahahaha



jadi mira pun mengeluarkan sebahagian besar harta karun keladak dia.
dari kamera high resolution tu lowest resolution which is kamera phone nokia lama tu T_T
tolong lah jangan gelak.
this is 4 and 5 years ago.
i repeat, FOUR AND FIVE YEARS AGO.



okay ni macam tak valid sangat sebab masa form 4..hahaha




aku tak tau lah kenapa aku tak makan je ais krim tu instead of ambil gambar T_T



mek mira, hos rancangan mari melukis musim ke 1000.



nasib baik tak kena hempuk kepala dengan tcr Sri Valli sebab tidur dalam kelas dia.



ya Allah muka, resoution camera T_T



mira makes me laugh everytime i look at her expression, like dia nak cakap "i am the cutest" LOL



jamuan form 2..aimran the chinese boy at the back!



mulut nisa senonoh sikit haishh



okay kau tutup terus mulut dengan topi tu nisa, bagus T_T



mira dengan muka, cermin mata..fatin dengan tangan otomen dia goshh posing zaman purba bila ni weh.



diorang cakap aku tengah angankan pakwe kelas bawah time ni..tak ingat pun?haih.



hanya mampu ketawa melihat gambar ini *nangis



okay all those ribbons and crown maaf mengganggu sebab biasalah zaman jahiliah.
banyak benda tak patut nampak muncul..haha
masa ni nisa kurus sangat..berat tak pernah lebih 49 kg..
always underweight.
and i'm like the most matang and mummy among these two girls.
they will be like hu ha hu ha..and i laugh and said, dah jangan merepek.



ingat masa dulu nisa pernah suka kat seorang manusia ni masa form 2.
suka macam tu je, like..helo dia suka i dulu..hahaha
then bila TERheboh yang nisa suka dia..tiba tiba..
girlfriend dia ke ex girlfriend dia ke siapa entah sebarkan fitnah terbesar yang saya ni mengganggu hubungan mereka.
like come on lah kakak saya form 2 baru kakak.
pmr pun tak kemana lagi.
saya usik dia yang tak berapa nak sado tu pun tak pernah, number phone pun takde and tak pernah nak cari pun.
okay i don't mind about her being paranoid but jangan lah sebar fitnah about me like i malu kot.
dekat perhimpunan main tunjuk2.
tonyoh hidung tu kang.
sejak tu kami kalau nampak kakak tu memang, menyirap berpanjangan tapi saya sebagai pengawas berkaliber..
saya sabar..haha
dah laa sama sama kuruih kau dengan abang kau tu. :D



i remember one fine day after balik sekolah mira jumpa mr A(bukan pakwe).
saya pun dengan rasa bertanggungjawab pergilah menemani dia sementara fatin pulang dahulu. *BM
hahahaha.
okay they talk, like talk normal talk..lupa dah pasal apa.
then suddenly mira datang dekat nisa, she was like bisik,.
"nisa aku tak dengar dia cakap apa, perlahan sangat."
HAHAHAHA lol
and nisa punya blur masa tu terus spill the word to A,,
" Dia tak dengar lah kau cakap apa, A"
A was like, ooh ooh okay sorry..
mira menahan malu sebab perangai kurang sopan aku masa tu..hahahaha
A said he likes her because she was different from any other girl.
YES, SHE IS DIFFERENT.



okay imbas kembali masa form 1..tiada dalam gambar ye.
fatin pernah kena sakat dengan izwan, classmate kami..
masa tu dia ketua kelas, izwan lah.
masa tu berdiri kot kenapa entah..
then otw nak duduk, si budak ni boleh tarik kerusi fatin ke belakang and as a result fatin terjelupuk atas lantai.
tak tau lah lawak ke apa, i was like...FATIN !
hahaha.
lepas tu fatin terus nangis tak bangun bangun kat bawah tu.
ingatkan sakit sangat..bila tanya balik rupanya sakit tu sakit jugak, tapi dia malu nak bangun sebenarnya.
so nangis jelah kat situ..hahahahaha




ini fatin farhana kamal kini.



kiri itu syamira sahamudin kini.



okay this is me kini..alah korang dah tau..sobs..takpe ni blog i suka hati lah.



i miss them.
i miss being around them.
i miss hanging out with them.
masa tu tak payah smartphone tak payah laptop tak payah boyfriend.
i am happy enough.
sekarang semua dah berubah.
kami dah besar.
just to let you know.
i miss you girls. 





Y
Aching hearts :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...